|
Thursday, April 19, 2007
Siapalah aku
Siapalah aku kekasih untuk berlari dan bersenda di sisimu agar petang-petang begini aku tak lagi jadi perindu yang sering digayut pilu menanti kasih yang sejati
Siapalah aku kekasih untuk mengundang dan melamar cinta kasihmu agar malam-malam mendatang aku tak lagi jadi pemikir yang resah dilambai pasrah diulit mimpi nan gundah
Siapalah aku kekasih insan malang serba kurang yang pincang direntap ketetapan takdir sekadar menumpang di sudut yang sempit tiba ketika pasti tersingkir
Terima kasih kekasih kerana masih ada garis simpati yang kau hulur untuk kusambut kusimpan itu sebagai sejarah bahawa antara kita kekasih sama cita sama sehaluan biarpun kita sebenarnya sedang mengharung denai perpisahan
Siapalah aku kekasih...
Posted at 8:38 pm by alyza
mekasih
Tuesday, April 03, 2007
Sebab Hati Tidak Bahagia
Sebab-sebab hati tidak bahagia ialah kerana adanya mazmummah di dalam hati. Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:-
a) Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.
b) Pendendam Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
c) Hasad dengki Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
d) Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
e) Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
f) Tidak sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
g) Ego Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.
h) Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.
i) Cinta Dunia Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam bissawab.
Posted at 8:52 pm by alyza
mekasih
Monday, April 02, 2007
ku kini kembali lagi he he he
hai suma ... pe khabo... lama dah lyza nak en3 kat cni... lam gak lyza x lawat blog korang suma.... windu aar kat korang... tp lyza xleh nak lama la... next time kita jumpa lagi eaa......... nanti lyza lawat suma blog korang k....
Posted at 9:01 pm by alyza
mekasih
Thursday, August 03, 2006

WHEN I SEE UR SMILE......
Sometimes I wonder How I'd ever make it through, Through this world without having you I just wouldn't have a clue
'Cause sometimes it seems Like this world's closing in on me, And there's no way of breaking free And then I see you reach for me
Sometimes I wanna give up I wanna give in, I wanna quit the fight And then I see you, baby And everything's alright, everything's alright
When I see you smile I can face the world, oh oh, you know I can do anything When I see you smile I see a ray of light, oh oh, I see it shining right through the rain When I see you smile Oh yeah, baby when I see you smile at me
Baby there's nothing in this world that could ever do What a touch of your hand can do It's like nothing that I ever knew
And when the rain is falling I don't feel it, 'cause you're here with me now And one look at you baby Is all I'll ever need, you're all I'll ever need
When I see you smile I can face the world, oh oh, you know I can do anything When I see you smile I see a ray of light, oh oh, I see it shining right through the rain When I see you smile Oh yeah, baby when I see you smile at me
Sometimes I wanna give up I wanna give in, I wanna quit the fight And then I see you baby And everything's alright, everything's alright
So right...
Posted at 5:43 pm by alyza
mekasih
hensemnyer... boleh jatuh cinta
hai semua... korang suka tak tengok drama korea.. lyza minat tengok cerita korea nie... lyza baru jer habis tengok citer sweet spy... best sangat citer dia..
lyza suka tengok hero dia cute sangat... senyumannya tu boleh buat semua orang cair... lyza yang dah kawin nie pun boleh jatuh cinta tau 
klu korang semua nak tengok hero dia.. lyza ada letak gambar dia kat bawah nie... cute kan... heroin dia pun cantik gak..
sebenar lyza takde benda nak buat kat en3 nie.. tu yang letak gambar dennis nie.. hensemkan dia..



Posted at 5:42 pm by alyza
mekasih
Tuesday, July 25, 2006
* Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yg mementingkan diri sendiri **
* Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cobaan, tetapi persahabatan sejati bisa mengatasi cobaan itu bahkan bertumbuh bersama karenanya...
Persahabatan tidak terjalin secara otomatis tetapi membutuhkan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya..
Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justru karena kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya.
Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian..
Proses dari teman menjadi sahabat membutuhkan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita membutuhkan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang dibutuhkan oleh sahabatnya. Kerinduannya adalah menjadi bagian dari kehidupan sahabatnya, karena tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.
Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau berubah.
Proses dari teman menjadi sahabat membutuhkan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita membutuhkan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang dibutuhkan oleh sahabatnya. Kerinduannya adalah menjadi bagian dari kehidupan sahabatnya, karena tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.
Semua orang pasti membutuhkan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya.
Ingatlah bila setiap kali anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda ??? Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai ?? Siapa yang ingin bersama anda saat anda tak bisa memberikan apa-apa ??
MEREKALAH SAHABAT ANDA
Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka.
** Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita **
Posted at 3:44 pm by alyza
mekasih
Wednesday, May 24, 2006
Posted at 11:46 am by alyza
mekasih
Thursday, May 18, 2006
MENGINSAFI SIAPA DIRI KITA SEBENARNYA
MENGINSAFI SIAPA DIRI KITA SEBENARNYA
Teringat pesan ayahanda... "sudahkah di Qada' Solat yang lepas- lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..." Subhanallah, betapa alpa nya kami... sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...
Peringatan buat diriku yang sering lupa........ Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam- macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam???? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri.
Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin .. walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah.
Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.
Adakah kita yakin kita seorang Islam??? Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka buai perasaan... Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah.. Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!!
Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah???? Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat, Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapat kah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya.
Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri. Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Kita tidak takut dosa. Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian???
Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat???? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut.
Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar. Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat?
Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela? Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah? Kita minum . ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang? Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah? Kita cemerlang dalam SPM, PASCAL, LOGIK, TITAS, C++, ... ** kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur? Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat? Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita? Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan? Siapa Kita????
Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!! Siapa kita....???? Wallahu'alam - JKIM : 4 ibu utama
A) Nabi S. A. W bersabda yang bermaksud : Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu: 1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN. 2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP. 3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA. 4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR
B) Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.
C ) Beberapa kata renungan dari Qur'an : Orang yang tidak melakukan sholat pada : Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya Asar : Dijauhkan dari kesehatan / kekuatan Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya. Isha' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya Al-Quran: Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain.
Cermin diri. 1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.
Posted at 3:31 pm by alyza
mekasih
Monday, May 15, 2006
Assalamualaikum semua... sori dah lama lyza tak update blog... sibuk pun yea.. kat umah dah tak de internet la tu yang payah sikit.. klu kat opis nie susah la.. server kadang okay kadang tak.. susah nak update..
Lyza windu aar kat korang semua.. nak balas masej pun susah.. tak leh nak masuk blog sendiri.. apa lagi nak masuk blog korang semua.. cedih tau 
takpe lah next time bila internet kat umah dah okey nanti bleh la lyza borak borak ngan korang semua yea..
okey la lyza pun tak leh lama nie.. maklumlah kat opis.. nanti orang nampak susah pulak.. asyik jadi ular jer keje nya 
okey semua.. bye bye.. next time kita jumpe lagi yer.. take care semua...
Posted at 5:14 pm by alyza
mekasih
Saturday, April 22, 2006
Buat Renungan kita bersama...
Hidup - 3 hari 2 Nafas
"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : Hidup dalam keredhaan ALlah. Hidup dalam kemurkaan ALlah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ... apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini : Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang ALlah kurniakan kepada kita ... Sekurang-kurangnya ALlah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada ALlah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan ALlah meredhai.
Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa ... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat ALlah s.w.t.
Posted at 10:27 am by alyza
mekasih
|
About Me...
alyzaFemale Malaysia
Terima kasih kuucapkan pada yang sudi mengunjungi blogku yang tak seberapa ini. Diriku sekadar ingin berkongsi apa yang kudapat dr teman2 untuk pengetahuan kita bersama.. sayang jika hanya diri ini yang mengetahinya..
* * * * * * * * *
  I made this video playlist at myflashfetish.com
Boomp3.com
.::FIND ~ SS501::.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.::LUAHAN RASA HATIKU::.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
syazlieza_79@yahoo.com
.::MY HUBBY::.
| Your Birthdate: October 31 |
You're a pretty traditional person. If it's lasted, it's probably good.
You seek stability - both in your career and your romantic relationship.
In return, you're very loyal and predictable. Which is usually a good thing.
Without a partner, you feel lost. Being with someone is very important to you.
Your strength: Your dependability
Your weakness: You hate being alone
Your power color: Midnight blue
Your power symbol: Shell
Your power month: April |
**NASH**
.::PADA SYURGA DI WAJAHMU::.
.::HIKMAH::.
<
.::CALENDAR::.
 
 
| Your Birthdate: May 24 |
You understand people well and are a natural born therapist.
A peacemaker, people always seem to get along when you are around.
You tend to be a father or mother figure to friends, even to those older than you.
You enjoy your role, and you find that you are close to many people.
Your strength: Your devotion
Your weakness: Reliance on others for happiness
Your power color: Lilac
Your power symbol: Heart
Your power month: June |
.::WAKTU SOLAT::.
 
.:: MASA ITU PENTING::.
.::MUTIARA CINTA::.
.::KATA-KATA HIKMAH::.
Layout by:


|